Thursday, April 24, 2008

Rumah Anak Yatim - ASDAF


Pagi ini, kami Muslim Aid Asia bersama beberapa insan pemurah melawat Rumah Anak Yatim ASDAF di Bukit Persekutuan. Rakan2 lama bos saya munyumbang barang berbentuk toiletries untuk anak2 yatim ini. Pihak Muslim Aid Asia pula menyumbang daging2 qurban dalam tin, buku2 sekolah dan pakaian kepada mereka.

bersama sebahagian anak2 yatim

Anak2 yatim di sini majoritinya terdiri daripada orang asli yang ibu bapanya baru sahaja memeluk agama Islam. Ramai anak2 yatim ini datang dari Cameron Highland, Sg Siput dan Kuala Lipis.
di dewan makan

Terdapat lebih kurang 60 anak2 yatim, berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun. 6 orang sepenuh masa bekerja untuk menjaga kebajikan anak2 yatim ini.

di dorm mereka

anak yg sedang tidur

mereka yang telah menyumbang

Menurut pengetua di sini, Ustaz Hasmadi, kebanyakan anak2 yatim ini mempunyai keyakinan diri yang rendah, salah satu sebabnya mereka tiada ibu bapa, dan sebab keduanya mereka dari orang asli. InsyaAllah bulan depan pihak Muslim Aid Asia akan merancang untuk mengadakan kem motivasi untuk anak2 yatim ini. Pada yang ingin menyumbang tenaga atau wang, boleh hubungi Muslim Aid Asia di 03-2288 1996. Dan pada yang ingin menyumbang kepada Rumah Anak Yatim ASDAF ini, boleh hubungi pengetuanya di 013-6764193

-Muhammad-


Wednesday, April 23, 2008

MAA Youth

Ita dan Iqa

Muslim Aid Asia Youth (MAAY) adalah selari dengan hala tuju Muslim Aid Asia iaitu menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan sama ada di dalam dan luar negara. MAAY disertai oleh lapan sukarelawan muda yang berjiwa kemanusiaan. Pada 8 April yang lepas, volunteer dari MAAY telah berkunjung ke ofis Muslim Aid Asia untuk update sponsor dan tugas kerja untuk program Futsal 4 Life 08. Futsal 4 Life ini diadakan untuk memupuk minat orang ramai untuk menyumbang dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Sukarelawan dari MAAY bekerja keras untuk mendapatkan sponsor untuk menjayakan pertandingan futsal ini. Dengan adanya sumbangan2 korporat ini, disamping dapat menyemai sifat murah hati dikalangan masyarakat, pihak Muslim Aid Asia juga dapat merancang lebih banyak aktiviti berunsur kebajikan demi menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan, insyaAllah.

Usop dan Asri

InsyaAllah pertandingan futsal ini akan diadakan pada bulan Jun, harap banyak pasukan yang akan menyertainya! Lokasi pertandingan ini di KL. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan Futsal 4 Life ini, boleh hubungi seketariat MAAY di 03-2288 1996 (Ilham)

-Muhammad-

Tuesday, April 01, 2008

Donate A Well


"Bersedekahlah, berderma atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama juga." (mafhum HR Muslim)

Bersedekah demi kebaikan diri sendiri berdasarkan apa yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan juga Sunnah. Dengan bersedekah akan mudah untuk mencari ilmu dan memahami ilmu. Dengan bersedekah akan memudahkan untuk mendapat isteri atau suami yang beriman. InsyaAllah. Bersedekah itu satu kebajikan yang amat disenangi oleh Allah dan juga adalah sebahagian dari akhlak mulia. Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang gemar bersekedah.


sijil dari Muslim Aid

Muslim Aid Asia kini mengambil langkah untuk membekal air bersih dengan menggali perigi dan membina tangki air di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih. Sumbangan boleh diberikan oleh individu, berkumpulan. Sedeqah perigi ini bolehlah diniatkan untuk diri sendiri mahupun untuk arwah kesayangan kita, seperti ibu bapa kita.

Berikut adalah kos pembinaan perigi bersama lokasinya

Perigi
1- Kemboja - RM1 000
2- Bangladesh - RM 600
Tangki Air
1- Nigeria - RM 4 500
2- Indonesia - RM 6 000

Kaedah Pembayaran

1- Tunai atau cek ( Pejabat Muslim Aid Asia, atau janji temu)
2- Deposit Langsung/intergiro ( EON Bank 0518-11-000311-5, Muslim Aid Asia)
3- Pos ( Wang Pos)

Alamat
Muslim Aid Asia
8-1-2,
Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku 59100,
Kuala Lumpur

Pada individu, kumpulan atau organisasi yang berminat, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996 (Ida atau Ilham atau Muhammad). Setiap perigi akan diberikan sijil penyertaan.

-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia