Monday, October 02, 2006

AMALAM QURBAN di MUSLIM AID ASIA

AMALAN QURBAN

Hukum ibadat qurban adalah sunat mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan makruh jika tidak melakukannya. Antara fadhilat melakukan qurban ini, kita dapat menambahkan amal kebajikan dan sebagai penebus dosa serta mendapat tempat yang mulia disisi Allah s.w.t.

Dalam kesibukkan kita menghargai kehidupan dunia, umat Islam di Malaysia boleh melaksanakan ibadat Qurban melalui projek Qurban For Life '06/07 (1427) dalam usaha kita mendekati diri dengan saudara seagama yang tidak mampu menikmati daging dan hidup dalam kedaifan berbanding dengan kita yang bersyukur hidup dalam keselesaan.

Program Qurban For Life (Q4L) telah 15 tahun dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan pengagihannya telah dihantar hampir keseluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti di Acheh (Indonesia), Afganistan, Afrika, Palestin, Iraq, Pakistan, Kashmir, Kemboja dll.

Muslim Aid Asia (MAA) merayu agar anda mensedeqahkan Qurban anda kepada mereka yang amat memerlukan melalui program Q4L '06/07 ini.

Dengan melaksanakan program ini anda mendapat jaminan bahawa syarat-syarat sah qurban dipenuhi mengikut hukum syara :

Kami melaksanakan penyembelihan pada hari yang ditetapkan semasa AidilAdha (10 Zulhijjah)dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

Penyembelihan dilakukan dipusat-pusat yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Binatang peliharaan juga adalah yang terpilih khas untuk korban.

3 KAEDAH QURBAN

Penyembelihan setempat iaitu melakukan ibadat qurban di tempat di mana Negara-negara tertentu yang dikenalpasti rakyatnya hidup dalam kebuluran seperti Kemboja, Bangladesh, Afrika dan China.

Menyembelih dan memproses daging beku untuk dihantar ke kawasan yang sesuai dari segi infrastuktur dan budaya seperti Bosnia dan Palestin.

Menyembelih dan proses mengetin daging qurban supaya ia mudah diagih, tahan lama dan dapat dinikmati pada bila-bila masa.

Penyembelihan ini dilakukan di rumah-rumah penyembelihan terpilih di Australia yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan diawasi ketat oleh Muslim Aid Australia, sebuah organisasi kebajikan yang diiktiraf oleh Persekutuan Majlis Agama Islam Australia. Muslim Aid Australia juga adalah merupakan penandatangan kepada peraturan dalam Kod Tatacara Majlis Pembangunan Atarabangsa Australia (ACFID). Pematuhan secara sukarela ini menunjukan komitmen MAA terhadap amalan beretika dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Pada tahun ini, seperti tahun-tahun lepas, Muslim Aid Asia masih menawarkan harga RM 350.00 untuk Qurban penuh. Ini termasuk harga bagi seekor kambing biri-biri, penyembelihan, proses masakan, pengetinan, penghantaran dan pengagihan.

Selain dari qurban, anda juga boleh melakukan sedeqah sebanyak RM 200.00 atau RM 100.00 untuk meringankan penderitaan mereka yang kebuluran.





"Click pictures to enlarge"

No comments: