Thursday, February 21, 2008

Mengapa Program Aqiqah Bersama Muslim Aid Harus Menjadi Pilihan

Di abad ke 21 ini menyaksikan kemajuan yang begitu pesat berlaku diserata dunia. Begitu juga dengan negara kita Malaysia, kemajuan yang setara negara maju lain mengakibatkan rutin kehidupan manusia menjadi semakin sibuk untuk menampung keperluan harian. Ini sekaligus mengakibatkan ibadah yang bukan wajib menjadi tertangguh.

Justeru itu, Muslim Aid Asia (MAA) mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan program ini kepada masyarakat Malaysia bagi membantu dan memudahkan mereka yang masih prihatin dan berhajat memenuhi tuntutan agama dalam keadaan yang terbatas dalam satu masa.

Mudah: Hanya salurkan hasrat dan kosnya dengan mengisi borang yang disediakan oleh MAA, InsyaAllah langkah seterusnya akan diuruskan sepenuhnya oleh MAA.

Murah: Hanya RM350 untuk seekor kambing, disembelih di negara Islam yang miskin dan dimasak serta diagihkan pada penduduk miskin setempat. Disamping beramal, dapat juga kita berikan makanan yang baik kepada mereka yang sangat memerlukan.

Telus: Setelah proses aqiqah itu selesai, MAA akan menghubungi peserta dan menyerahkan 'SIJIL' beserta nama anak yang diaqiqah dan gambar tempat penyembelihan dilakukan.

Kesyukuran mendapat rezeki (cahayamata) daripada Allah dikongsi bersama dengan 'memberi' sumbangan kepada golongan daif dan yang lebih memerlukan.

-Pengurus Dana dan Pemasaran-
Muslim Aid Asia

Thursday, January 31, 2008

MAA Booth di Melawati Fest anjuran Sime Darby Properties



Charity Home Tuition bersama Muslim Aid Asia






Tahun baru ini, Muslim Aid Asia kini menjalankan aktiviti home tuition untuk keluarga2 yg susah. Keluarga yang pertama dipilih ini berasal dari Batu 8 1/2 Gombak. Lima orang adik beradik ini merupakan keluarga pertama untuk home tuition charity ini. Charity tuition ini akan dijalankan sehingga hujung tahun 2008.

Friday, November 23, 2007

Monday, October 01, 2007

RUMAH ANAK KESAYANGANKU

RAYUAN RAMADHAN UNTUK ANAK-ANAK KESAYANGANKU


Merujuk kepada permohonan diatas, kami bagi wakil Rumah Anak Kesayanganku (RAK)
ingin membuka peluang keemasan bagi mana-mana pihak yang ingin beramal dan mengambil keberkatan melahirkan rasa kehambaan dibulan Ramadhan dan Syawal yang amat dimuliakan Tuhan bersama anak-anak kesayangan melalui beberapa bentuk sumbangan yang dicadangkan.


2-Sebagai makluman, Rumah Anak Kesayanganku adalah sebuah Pusat Kebajikan yang baru sahaja dibuka dan mula beroperasi pada Awal Januari 2007, menempatkan 40 orang anak-anak yatim termasuk 10 orang anak fakir miskin dan ibu tunggal dari umur seawal 2 tahun hingga 14 tahun.

Hingga kesaat ini RAK telah pun mempunyai tiga pusat penempatan iaitu sebuah taman asuhan (taska) anak yatim berserta ibu tunggal, sebuah rumah untuk anak yatim putera dan sebuah lagi untuk anak yatim puteri di Bukit Beruntung, Selangor.


3-Memandangkan RAK juga belum mendapat sebarang peruntukan dalam operasi hariannya maka setiap sumbangan adalah sangat bererti bagi kam. Tuan/Puan yang berminat me nyumbang bolehlah memilih salah satu bentuk sumbangan yang disediakan seperti dibawah :


a) Tajaan berbuka puasa untuk 40 orang (RM8 per kepala)
b) Pakaian di Hari Raya untuk 40 orang
c) Kek / biskut raya / hamper hari raya
d) Duit raya / Angpau untuk 40 orang
e) Jemputan Berbuka Puasa / Rumah Terbuka
f) Zakat dan sedekah
g) Sumbangan keperluan dan persiapan untuk Rumah Anak Kesayanganku


4-Sebarng respon dan sumbangan boleh terus menghubungi kami ditalian berikut :
Pn. Nusaibah : 013-6364956 / En. Taufik Redha : 013-6297913 / Telefax03-60281434
Atau terus ke akaun Rak : (MBB) 512017001603 / cek atas nama (setiap sumbangan melebihi RM 500 keatas boleh mendapatkan pengeculian cukai dengan no rujukan LHDN 01/35 /42/51/179-65132)

Tuesday, August 21, 2007

Qurban For Life 06/07-LEBANON

Alhamdullilah... Kemurahan hati anda telah membolehkan rangkaian MUSLIM AID mengagihkan sumbangan QURBAN bernilai RM7,242,900.00 disamping bantuan-bantuan lain bernilai RM12,585,413.00 sejak 4 musim yang lalu kepada mereka yang menderita kebuluran. Dengan sumbangan berterusan daripada anda semua,kami dapat meneruakan JIHAD MENENTANG KELAPARAN diseluruh dunia. Gambar-gambar ini diambil di Beirut, Lebanon. Hasil Qurban yang berjaya dilaksanakan oleh rakyat Malaysia yang mengambil berat terhadap saudara Muslim disana.



































THE WELLBEING MALL-Muslim Aid Asia Life Line 07/08


Ini merupakan muka depan (cover) katalog kami yang terbaru, selaras dengan Katalog yang terdapat di Muslim Aid Australia. Kepada mereka yang dermawan bolehlah menderma melalui kami dengan menggunakan katalog ini.

Didalam terdapat beberapa seksyen yang membolehkan mereka menderma secara khusus dengan mengetahui kemana derma mereka boleh disalurkan. Seksyen tersebut adalah Food For Life, Water For Life, Micro Enterprise, Health Matters, Education & Skills Tranning, Sustainable Development & Agriculture, dan Orphan Aid.

Saudara saudari boleh menghubungi kami ditalian 03-2288 1996 atau e-mel : muslimaidasia@yahoo.com, mail@muslimaidasia.com untuk mendapatkan katalog ini.

Bersama Membawa Perubahan.

Amin.