Tuesday, April 17, 2007

PROGRAM AKIKAH BERSAMA MUSLIM AID ASIA

HIKMAH AKIKAH
Akikah mengandungi beberapa hikmah,
antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH
Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah:
Akikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah.
Daging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.:

Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Syarat-syarat akikah:

Berniat akikah ketika menyembelih.

Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

CARA MELAKUKAN AKIKAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:

Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).

-Menyembelih ketika matahari sedang naik.
-Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
-Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.
-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika menyambut kelahiran anak:
-Membaca azan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
-Membaca qamat di telinga sebelah kirinya.
-Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
-Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
-Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
-Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
-Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih akikah untuknya.
-Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu ataua wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.


Program Akikah yang dilakukan di Indonesia







Contoh sijil yang akan diterima oleh peserta.




'Drag borang ke desktop atau 'Right Click' gambar untuk 'Save'.


Klik pada gambarajah untuk gambar yang lebih besar.

Friday, January 12, 2007

SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR 06/07

Seperti yang diketahui bahawa banjir besar di tanah air berlaku sekali lagi terutamanya negeri Johor, mengakibatkan ramai mangsa banjir kembali semula ke PUSAT PEMINDAHAN BANJIR berdekatan. Kepada sesiapa ingin menderma boleh salurkan bantuan anda ke MUSLIM AID ASIA. Kami menerima bantuan dalam bentuk wang atau makanan segera (dalam tin, kotak dan lain-lain)

Thursday, January 11, 2007

IBADAH QURBAN - ABBATOIR-FLETCHER di ALBANY, AUSTRALIA 2006/07 (1427H)

Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh Muslim Aid Asia pada Hari Raya Qurban yang lalu boleh dikatakan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 448 orang. Kambing yang dipilih adalah yang terbaik dan cukup umur yang mengikut syarak. Lebih kurang 22,900 ekor, jika dicampurkan dari 3 negara iaitu Malaysia, Australia dan Singapura disembelih di Albany, Australia khas untuk ibadah Qurban ini. Flecther di Albany, Australia ini berkebolehan untuk memproses kambing dari sembelih hingga kedalam kotak sebanyak 8,500 ekor.
























Thursday, December 28, 2006

Thursday, December 21, 2006

Muslim Aid Asia di Keratan Akhbar Nasional - Newspaper Clipping

Klik pada gambar untuk pembacaan yang lebih jelas.

The Star - Thursday, 21 December 2006 Page N14 (Nation)



News Straits - Times Thursday, December 21,2006 Page 10 (Prime News)



Berita Harian RENCANA Rabu 20 Disember 2006 - Muka Surat/Page 11



Utusan Malaysia Rabu 13 Disember 2006 - Muka Surat/Page 18



Utusan Malaysia Rabu 13 Disember 2006 - Muka Surat/Page 19



Kosmo ISU Khamis 21 Disember 2006 - Muka Surat/Page 20



Kosmo ISU Khamis 21 Disember 2006 - Muka Surat/Page 21



Milenia Muslim - Issue 52 December 2006 Page 38-39

Monday, December 18, 2006

Cakna & Sayang Di Terengganu






Pada 30hb Ogos 2006 yang lalu, Muslim Aid Asia (MAA) telah menyerahkan daging Qurban yang telah ditinkan sebanyak 6,800 kilogram kepada rakyat termiskin di Terengganu. Program Cakna dan Sayang yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu telah memberi peluang kapada MAA untuk memberi daging tersebut pada majlis pelancaran tersebut.



Upacara penyerahan mock-up cheque kepada Y.A.B Dato' Seri haji Idris Bin Jusoh, Meteri Besar Terengganu.