Bertemakan Sedekah Dari Rakyat Malaysia Untuk Masyarakat Dunia, MAA melaksanakan ibadat qurban melalui kaedah teknologi moden dan sistem pengagihan yang teratur dan bersistematik.
Dengan hanya RM350/seekor kambing atau biri-biri,
MAA menguruskan segala-galanya. Dari penyembelihan, masakan,
pengetinan dan penghantaran ke destinasi terpilih.
Yang pasti Qurban anda sampai kepada mereka yang amat memerlukannya sahaja.
-------------------------------------------------------------------------
Download Borang Di sini
http://muslimaidasia.com/ qurbanbrochure.pdf
-------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat yang lebih lanjut, layari,
http://qurbanforlife.blogspot.com
Lihat video Q4L di Youtube:
Tuesday, November 25, 2008
Thursday, April 24, 2008
Rumah Anak Yatim - ASDAF
Pagi ini, kami Muslim Aid Asia bersama beberapa insan pemurah melawat Rumah Anak Yatim ASDAF di Bukit Persekutuan. Rakan2 lama bos saya munyumbang barang berbentuk toiletries untuk anak2 yatim ini. Pihak Muslim Aid Asia pula menyumbang daging2 qurban dalam tin, buku2 sekolah dan pakaian kepada mereka.
Anak2 yatim di sini majoritinya terdiri daripada orang asli yang ibu bapanya baru sahaja memeluk agama Islam. Ramai anak2 yatim ini datang dari Cameron Highland, Sg Siput dan Kuala Lipis.
Terdapat lebih kurang 60 anak2 yatim, berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun. 6 orang sepenuh masa bekerja untuk menjaga kebajikan anak2 yatim ini.
di dorm mereka
anak yg sedang tidur
mereka yang telah menyumbang
anak yg sedang tidur
mereka yang telah menyumbang
Menurut pengetua di sini, Ustaz Hasmadi, kebanyakan anak2 yatim ini mempunyai keyakinan diri yang rendah, salah satu sebabnya mereka tiada ibu bapa, dan sebab keduanya mereka dari orang asli. InsyaAllah bulan depan pihak Muslim Aid Asia akan merancang untuk mengadakan kem motivasi untuk anak2 yatim ini. Pada yang ingin menyumbang tenaga atau wang, boleh hubungi Muslim Aid Asia di 03-2288 1996. Dan pada yang ingin menyumbang kepada Rumah Anak Yatim ASDAF ini, boleh hubungi pengetuanya di 013-6764193
-Muhammad-
-Muhammad-
Wednesday, April 23, 2008
MAA Youth
Muslim Aid Asia Youth (MAAY) adalah selari dengan hala tuju Muslim Aid Asia iaitu menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan sama ada di dalam dan luar negara. MAAY disertai oleh lapan sukarelawan muda yang berjiwa kemanusiaan. Pada 8 April yang lepas, volunteer dari MAAY telah berkunjung ke ofis Muslim Aid Asia untuk update sponsor dan tugas kerja untuk program Futsal 4 Life 08. Futsal 4 Life ini diadakan untuk memupuk minat orang ramai untuk menyumbang dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Sukarelawan dari MAAY bekerja keras untuk mendapatkan sponsor untuk menjayakan pertandingan futsal ini. Dengan adanya sumbangan2 korporat ini, disamping dapat menyemai sifat murah hati dikalangan masyarakat, pihak Muslim Aid Asia juga dapat merancang lebih banyak aktiviti berunsur kebajikan demi menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan, insyaAllah.
Tuesday, April 01, 2008
Donate A Well
"Bersedekahlah, berderma atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama juga." (mafhum HR Muslim)
Bersedekah demi kebaikan diri sendiri berdasarkan apa yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan juga Sunnah. Dengan bersedekah akan mudah untuk mencari ilmu dan memahami ilmu. Dengan bersedekah akan memudahkan untuk mendapat isteri atau suami yang beriman. InsyaAllah. Bersedekah itu satu kebajikan yang amat disenangi oleh Allah dan juga adalah sebahagian dari akhlak mulia. Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang gemar bersekedah.
Muslim Aid Asia kini mengambil langkah untuk membekal air bersih dengan menggali perigi dan membina tangki air di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih. Sumbangan boleh diberikan oleh individu, berkumpulan. Sedeqah perigi ini bolehlah diniatkan untuk diri sendiri mahupun untuk arwah kesayangan kita, seperti ibu bapa kita.
Berikut adalah kos pembinaan perigi bersama lokasinya
Perigi
1- Kemboja - RM1 000
2- Bangladesh - RM 600
Tangki Air
1- Nigeria - RM 4 500
2- Indonesia - RM 6 000
Kaedah Pembayaran
1- Tunai atau cek ( Pejabat Muslim Aid Asia, atau janji temu)
2- Deposit Langsung/intergiro ( EON Bank 0518-11-000311-5, Muslim Aid Asia)
3- Pos ( Wang Pos)
Alamat
Muslim Aid Asia
8-1-2,
Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku 59100,
Kuala Lumpur
Pada individu, kumpulan atau organisasi yang berminat, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996 (Ida atau Ilham atau Muhammad). Setiap perigi akan diberikan sijil penyertaan.
-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia
Thursday, February 21, 2008
Mengapa Program Aqiqah Bersama Muslim Aid Harus Menjadi Pilihan
Di abad ke 21 ini menyaksikan kemajuan yang begitu pesat berlaku diserata dunia. Begitu juga dengan negara kita Malaysia, kemajuan yang setara negara maju lain mengakibatkan rutin kehidupan manusia menjadi semakin sibuk untuk menampung keperluan harian. Ini sekaligus mengakibatkan ibadah yang bukan wajib menjadi tertangguh.
Justeru itu, Muslim Aid Asia (MAA) mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan program ini kepada masyarakat Malaysia bagi membantu dan memudahkan mereka yang masih prihatin dan berhajat memenuhi tuntutan agama dalam keadaan yang terbatas dalam satu masa.
Mudah: Hanya salurkan hasrat dan kosnya dengan mengisi borang yang disediakan oleh MAA, InsyaAllah langkah seterusnya akan diuruskan sepenuhnya oleh MAA.
Murah: Hanya RM350 untuk seekor kambing, disembelih di negara Islam yang miskin dan dimasak serta diagihkan pada penduduk miskin setempat. Disamping beramal, dapat juga kita berikan makanan yang baik kepada mereka yang sangat memerlukan.
Telus: Setelah proses aqiqah itu selesai, MAA akan menghubungi peserta dan menyerahkan 'SIJIL' beserta nama anak yang diaqiqah dan gambar tempat penyembelihan dilakukan.
Kesyukuran mendapat rezeki (cahayamata) daripada Allah dikongsi bersama dengan 'memberi' sumbangan kepada golongan daif dan yang lebih memerlukan.
-Pengurus Dana dan Pemasaran-
Muslim Aid Asia
Justeru itu, Muslim Aid Asia (MAA) mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan program ini kepada masyarakat Malaysia bagi membantu dan memudahkan mereka yang masih prihatin dan berhajat memenuhi tuntutan agama dalam keadaan yang terbatas dalam satu masa.
Mudah: Hanya salurkan hasrat dan kosnya dengan mengisi borang yang disediakan oleh MAA, InsyaAllah langkah seterusnya akan diuruskan sepenuhnya oleh MAA.
Murah: Hanya RM350 untuk seekor kambing, disembelih di negara Islam yang miskin dan dimasak serta diagihkan pada penduduk miskin setempat. Disamping beramal, dapat juga kita berikan makanan yang baik kepada mereka yang sangat memerlukan.
Telus: Setelah proses aqiqah itu selesai, MAA akan menghubungi peserta dan menyerahkan 'SIJIL' beserta nama anak yang diaqiqah dan gambar tempat penyembelihan dilakukan.
Kesyukuran mendapat rezeki (cahayamata) daripada Allah dikongsi bersama dengan 'memberi' sumbangan kepada golongan daif dan yang lebih memerlukan.
-Pengurus Dana dan Pemasaran-
Muslim Aid Asia
Thursday, January 31, 2008
Charity Home Tuition bersama Muslim Aid Asia
Tahun baru ini, Muslim Aid Asia kini menjalankan aktiviti home tuition untuk keluarga2 yg susah. Keluarga yang pertama dipilih ini berasal dari Batu 8 1/2 Gombak. Lima orang adik beradik ini merupakan keluarga pertama untuk home tuition charity ini. Charity tuition ini akan dijalankan sehingga hujung tahun 2008.
Friday, November 23, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)