Monday, October 01, 2007

RUMAH ANAK KESAYANGANKU

RAYUAN RAMADHAN UNTUK ANAK-ANAK KESAYANGANKU


Merujuk kepada permohonan diatas, kami bagi wakil Rumah Anak Kesayanganku (RAK)
ingin membuka peluang keemasan bagi mana-mana pihak yang ingin beramal dan mengambil keberkatan melahirkan rasa kehambaan dibulan Ramadhan dan Syawal yang amat dimuliakan Tuhan bersama anak-anak kesayangan melalui beberapa bentuk sumbangan yang dicadangkan.


2-Sebagai makluman, Rumah Anak Kesayanganku adalah sebuah Pusat Kebajikan yang baru sahaja dibuka dan mula beroperasi pada Awal Januari 2007, menempatkan 40 orang anak-anak yatim termasuk 10 orang anak fakir miskin dan ibu tunggal dari umur seawal 2 tahun hingga 14 tahun.

Hingga kesaat ini RAK telah pun mempunyai tiga pusat penempatan iaitu sebuah taman asuhan (taska) anak yatim berserta ibu tunggal, sebuah rumah untuk anak yatim putera dan sebuah lagi untuk anak yatim puteri di Bukit Beruntung, Selangor.


3-Memandangkan RAK juga belum mendapat sebarang peruntukan dalam operasi hariannya maka setiap sumbangan adalah sangat bererti bagi kam. Tuan/Puan yang berminat me nyumbang bolehlah memilih salah satu bentuk sumbangan yang disediakan seperti dibawah :


a) Tajaan berbuka puasa untuk 40 orang (RM8 per kepala)
b) Pakaian di Hari Raya untuk 40 orang
c) Kek / biskut raya / hamper hari raya
d) Duit raya / Angpau untuk 40 orang
e) Jemputan Berbuka Puasa / Rumah Terbuka
f) Zakat dan sedekah
g) Sumbangan keperluan dan persiapan untuk Rumah Anak Kesayanganku


4-Sebarng respon dan sumbangan boleh terus menghubungi kami ditalian berikut :
Pn. Nusaibah : 013-6364956 / En. Taufik Redha : 013-6297913 / Telefax03-60281434
Atau terus ke akaun Rak : (MBB) 512017001603 / cek atas nama (setiap sumbangan melebihi RM 500 keatas boleh mendapatkan pengeculian cukai dengan no rujukan LHDN 01/35 /42/51/179-65132)